21 February 2014

Senarai 10 Orang Terkaya di Malaysia Tahun 2014

Senarai 10 Orang Terkaya di Malaysia Tahun 2014

Majalah Maaysian Business terbitan 16 Februari lalu telah menyenaraikan 10 rakyat Malaysia paling kaya. Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan mereka boleh diambil berdasarkan kepada sumbangan prestasi pasaran dan harga inflasi, malah kekayaan mereka sebahagian besarnya berasaskan kepada pegangan masing-masing. Ia juga menggambarkan prestasi syarikat-syarikat mereka dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif dalam 12 tahun.
 
 
Sumber: Forbes.com
Sumber: Forbes.com

 
 
1. Robert Kuok 
 
Hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal lelaki paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM54.48 bilion berbanding RM46.1 bilion tahun lepas.
Sumber:www.themalaysianinsider.com
Sumber:www.themalaysianinsider.com

 
2. T Ananda Krishnan 
 
Mengekalkan posisi kedua sejak 2004 dengan aset dimilikinya menerusi Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM33.19 bilion, peningkatan 0.88 peratus daripada RM32.90 bilion tahun lalu.

3. Tan Sri Teh Hong Piow 
 
Tokoh perbankan Public Bank kekal di tempat ketiga sejak tiga tahun lalu, dengan aset bernilai RM18.07 bilion.
 
 
Sumber:forbes.com
Sumber:forbes.com
 
 
4. Tan Sri Quek Leng Chan 
 
Melalui Hong Leong Group dan Guoco Group, dengan kekayaan bernilai RM14.11 bilion tahun ini.

5. Tan Sri Lee Shin Cheng 
 
Kekayaan Lee tahun ini berjumlah RM13.12 bilion, naik daripada RM10.56  bilion tahun lalu.
 
 
Sumber:m.islam.gov.my
Sumber:m.islam.gov.my
 
 6. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary 
 
Syed Mokhtar berada di tempat keenam walaupun kekayaan beliau meningkat 4.43 peratus kepada RM11.07 bilion daripada RM10.6 bilion pada tahun lalu.

7. Tan Sri Lim Kok Thay 
 
Ketua Genting Group, kekayaan Lim meningkat 16.18 peratus kepada RM9.43 bilion.


8. Puan Sri Lee Kim Hua 
 
Lee meningkat sebanyak 3.2 peratus kepada RM7.47 bilion.
 
Sumber:res-qmedia.com
Sumber:res-qmedia.com
 
9. Datuk Mokhzani Mahathir 
 
Melalui SapuraKenchana Petroleum berada di tempat kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion.

10. Tan Sri Azman Hashim 
 
Tokoh perbankan Arab-Malaysian Corporation menduduki tempat ke-10 dengan aset bernilai RM4.11 bilion tahun ini.
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...