Bekas Model PLAYBOY Berhijab!?
|
SHAH ALAM - Bekas model Playboy dari Ipoh, Felixia Yeap yang dulu hanya
tertarik untuk mengenakan hijab, kini mula jatuh hati dengan pakaian
yang lebih longgar dan menepati syariat Islam.
Jelas Felixia
beliau kini sudah mula menyimpan pakaian yang bersaiz kecil, dan
berharap selepas ini beliau tidak akan mengenakan lagi pakaian yang
bersaiz 'kanak-kanak'.
"Pada mulanya,saya jatuh hati pada hijab.
"...sekarang,
saya sedar yang saya telah jatuh cinta dengan baju-baju yang longgar
dan labuh... seperti jubah, abaya dan semestinya baju kurung.
"...lipat
dan simpan skinny jeans, harap-harap tak payah nak pakai skinny jeans
dah. (Ini pun sebab saya tak ada seluar lain buat masa ni, huhuhu...),"
katanya di laman Facebooknya.
Tahun lepas, Felixia mengambil keputusan untuk memakai tudung sebagai fesyen tanpa memeluk Islam.
Felixia berkata, beliau mula jatuh cinta dengan fesyen tudung apabila beliau dipanggil untuk uji bakat iklan Raya Haji Celcom.
Jelitawan
27 tahun dari Ipoh yang memulakan karier sebagai model sejak usia 19
tahun itu bagaimanapun tidak mengendahkan sebarang kesangsian dan
kritikan yang dilemparkan kepadanya sejak beliau mula memakai hijab
beberapa bulan lalu.
"Mereka berkata saya lakukan ini bertujuan mencari Datuk Melayu kaya untuk berkahwin.
"Jika
saya mahu mencari seorang lelaki kaya, saya sudah lakukannya sejak
dahulu lagi ketika saya masih aktif sebagai model yang sentiasa memberi
pose seksi. Kritikan mereka tidak logik. Apa yang saya mahu lakukan
ialah untuk lebih banyak menutup dan melakukan peragaan yang lebih
sopan," kata beliau kepada sebuah laman portal.
Menjelaskan
tindakan beliau lagi, Yeap berkata, walaupun ia satu kejutan kepada
peminatnya, cinta beliau terhadap pakaian Islam telah bermula ketika di
bangku sekolah lagi.
Beliau berkata, walaupun ada umat Islam mengkritik, kebanyakan komen negatif datang daripada bukan Islam.
Katanya beliau sangat suka dengan baju kurung dan pakaian tradisi masyarakat Melayu-Islam.
No comments:
Post a Comment