6 Tanda Kewangan Anda Belum Bersedia Untuk Berkahwin
"Sudi kamu mengahwini saya?" – Ini ialah salah satu soalan
penting beribu warga Malaysia akan bertanya kepada kekasih mereka tahun
ini. Sekarang, selain daripada mengetahui sama ada anda bersedia dari
segi emosi untuk berkahwin — melihat semata-mata pada dasar janji cinta
dan asmara sudah mencukupi untuk memberi masa depan yang cerah — FIKIR
SEKALI LAGI!
Situasi yang sama kepada yang melontarkan soalan – adakah kecantikan kekasih tersayang anda menandingi amalan perbelanjaannya? Walaupun kami tidak mengatakan anda sepatutnya berpisah dengan pasangan anda hanya kerana dia boleh membawa pengakhiran gembira anda ke satu masa depan penuh hutang dan kerugian, kami menasihatkan anda perlu menimbangkan tanda-tanda ini dahulu sebelum melontarkan soalan atau mengatakan "Ya".
1) Salah seorang daripada anda berhutang.
Ia tanda yang paling jelas yang kamu berdua tidak akan dapat mengendali kewangan bersama. Jika salah seorang daripada anda tidak boleh mengendali kewangan sendiri, apa membuat anda yakin yang mereka akan lebih baik mengendali tanggungjawab tambahan perkahwinan?
2) Anda belum bercakap mengenainya lagi.
Sesetengah pasangan tidak mengakui fakta yang mereka akhirnya akan bercakap tentang wang. Jika anda bersedia meluangkan selama-lamanya dengan orang ini, anda sepatutnya bercakap bagaimana anda akan terus hidup sehingga kamu berdua tua. Jika anda sendiri tidak boleh jujur tentang kedudukan kewangan anda dengan pasangan anda, itu berkata banyak tentang isu-isu kejujuran anda.
3) Anda tidak mempunyai rancangan konkrit.
Jadi katakan anda telah "bercakap mengenainya". Adakah anda mempunyai rancangan bertulis apa yang akan berlaku? Sifat romantik dan puitis tidak mencukupi untuk menyelamatkan kamu berdua daripada hutang jika anda pergi terus ke masa depan.
4) Rancangan anda untuk perkahwinan adalah gila.
Jika anda tersekat dalam pengertian yang perkahwinan anda perlu betul-betul sama seperti rancangan sitkom atau realiti TV, atau apa yang anda impikan sejak anda seorang kecil, ini mungkin berkata banyak terhadap keutamaan anda. Ini untuk wanita (atau lelaki) yang tidak mempunyai belanjawan realistik untuk rancangan perkahwinan. Apa yang lebih penting bagi anda? Majlis perkahwinan atau rumah tangga? Jika anda menghargai rumah tangga anda, selagi anda dapat menyambutnya dengan keluarga dan rakan-rakan, sudah memadai.
5) Anda tidak sedar amalan perbelanjaan pasangan anda.
Jadi mari kita menganggap anda telah mempunyai satu belanjawan perkahwinan yang rendah. Anda berdua mempunyai satu rancangan padu yang akan menyusul sepanjang perkahwinan anda. Bagaimanapun, adakah anda bersedia untuk belian tak diduga oleh salah seorang daripada anda? Adakah anda tahu jika kekasih anda ialah seorang yang percaya pada terapi runcit? Ia satu perkara untuk bersiap sedia untuk yang tidak diduga, tetapi ia juga sesuatu untuk bersiap sedia jika teman lelaki anda ialah kaki beli-belah atau teman wanita anda ialah pengumpul rahsia Star Wars.
6) Anda atau pasangan anda tidak tahu kepentingan skor kredit yang baik.
Jika salah seorang daripada anda masih jahil dari segi kewangan - terutama sekali skor kredit, anda mungkin mahu menangguhkan perkahwinan. Skor kredit anda amat penting untuk masa depan anda sebagai satu pasangan. Skor kredit cemerlang membolehkan anda layak untuk kelulusan pinjaman dan peluang pekerjaan yang lebih baik. Jika salah seorang daripada anda mempunyai kredit yang lemah, anda boleh menjangka pasangan anda akan membuat keputusan yang kurang baik dalam soal pembayaran bil dan keutamaan secara umum.
Anda mungkin tidak dapat mencari pasangan kewangan sempurna, tetapi selagi anda berdua bersedia untuk belajar dan menyesuaikan diri dan melakukan lebih baik, anda pasti akan berjaya! Rumah tangga yang hebat bukan sahaja tentang cinta dan anak, tetapi ia juga kemampuan untuk tinggal dengan satu sama lain dalam latar yang kukuh dari segi kewangan.

No comments:
Post a Comment