Isu Cinta - 7 Cara Menjaga Hubungan
Adalah
sesuatu yang sangat normal jika anda dan pasangan anda mempunyai
pandangan berbeza dalam sesuatu pendekatan. Ini kerana, anda dan
pasangan anda datang dari cara dan latar belakang yang berbeza dipupuk
dari kecil hingga besar oleh keluarga masing-masing jadi tidak pelik
jika ada perbezaan pendapat antara anda dan pasangan anda.
Apa yang anda dan pasangan anda boleh buat ?
1. Komunikasi
Asas “paling paling paling” penting dalam
perhubungan ialah komunikasi. Ia seperti juga bercakap dalam telefon
apabila talian anda putus, anda tak dapat berhunbung dengan pasangan
anda.. Dengan komunikasi yang baik, anda dapat menyampaikan mesej serta
maklumat yang jelas pada pasangan anda dan seringkali berlaku
perselisihan kerana masalah komunikasi, salah dengar dan salah faham..
Apa yang anda mampu lakukan.. seterusnya
2. Kenal & Kenal cara
Setiap ayat yang datang dari pasangan anda
mempunyai mesej yang datang dari latar belakangnya.. Oleh itu
kenalpasti cara penyampaiannya bagi mengelakkan salah faham.. Adalah
tidak salah jika anda bertanyakan semula untuk mendapatkan kepastian,
seperti contoh di bawah
Adam : Rumah yang dihujung tuh..
Melor : Maksud sayang yang pakcik hassan tinggal yang warna kuning tuh ke ?
Adam : Iye sayang ?
Melor : owwhh.. “I got it”
Dengan mendapatkan kepastian ia mengurangkan risiko untuk salah faham
kerana sehebat mana anda belajar walaupun 9 universiti, salah faham
pasti akan berlaku, yang penting ialah meminimakannya..
3. Hormat dan dihormati
Untuk mendapat hormat, anda hendaklah beri
hormat dulu. Respek pasangan anda jangan sekali-kali memperkecilkan
dirinya. Cakap dengan nada yang sopan supaya pasangan anda rasa tenang
dan rasa dihormati oleh anda.
4. Tunjukkan kasih sayang
Sering beri alasan mengatakan diri anda
tak romantik. Pernah dengar dengar pepatah “Hendak seribu daya, tak nak
seribu dalih” ? Dah anda suka dah sayang pada pasangan anda,
tunjukkanlah perasaan kasih dan sayang padanya supaya dia boleh merasa
kehadiran anda.. Sering ada juga yang memberi alasan, “Tak perlulah
romantik sangat” .. Bagi pasangan suami-isteri itulah perkarang yang
paling penting dalam membina sebuah keluarga, dengan mempamerkan kasih
sayang pada pasangan masing-masing. Tak rugi satu sen malah anda sendiri
akan rasa untung.
5. Beri salam
Ini mungkin nampak terlalu remeh, tetapi
inilah antara perkara yang mengeratkan hubungan anda dan pasangan anda..
Salam itu satu doa, dan apabila anda beri salam pada pasangan anda, ia
merupakan doa buat dirinya.. Dan indah buat pasangan suami isteri,
apabila bersalaman maka gugur dosa kedua-duanya..
6. Buat yang suka
Buat apa yang pasangan anda suka,
belajarlah mengambil hati pasangan anda, kalau dia suka coklat, belikan
dia coklat, bahagianya bila melihat pasangan anda tersenyum gembira. Dan
kalau pandai masakkan makanan kegemarannya, apa salahnya kalau sedia
kan buat dirinya.. Orang putih kata “The way to a man’s heart is through
his stomach”.. Kalau pasangan anda meminati memancing dan tidak pulak
anda, berilah dia peluang untuk pergi memancing, dan bagi yang perempuan
apa salahnya keluar sekali sekala shopping dengan kawan-kawan anda
sendiri.
7. Bergurau
Manisnya kalau si Dia tersenyum,
berguraulah dengan pasangan anda cuba jadi seorang yang kelakar dan
mampu buat pasangan anda tertawa.. Bagi suami isteri, kalau sekali
sekala mencuit si isteri bagi melihat pasangan merayu manja macam orang
putih kata “it will be the sweetest thing to share a smile “..
Binalah kebahagian dengan menjaga perhubungan antara anda dan pasangan
anda.. Kongsi bersama kawan-kawan supaya mereka lebih mengetahui cara
terbaik bila dah hidup berpasangan..
Amin… semoga bahagia selalu…
No comments:
Post a Comment